"This is my path. Me and all the people that tell people to worship Allah and the truth(Way of Islam)"
Al-Quran, Yusuf; verse 108

Monday, July 4, 2011

Cinta

Dengan nama Allah yang pemurah lagi penyayang.

Assalamualaikum

Semua orang cuba cari cinta kan. Tak salah pun nak cari cinta, itu semua fitrah manusia.
Allah dah firman dah kat dalam quran.

"Dijadikan indah dalam pandangan manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah lah tempat kembali yang baik (syurga)."

Ali Imran ayat 14

JADI! Memang tak salah semua manusia untuk bercinta. Cinta itu sendiri, adalah fitrah manusa.

Maybe, kita boleh kata, kita suka dia or anyone lah. Sometimes, kita rasa janggal bila dekat dengan orang yang kita suka, tapi, kita tak nak luahkan, kita rasa pelik, xselesa, trying to impress. Manusia kan. Tp, kita jarang nak sedar, bahawa kita ni sebenarnya mendekati zina.

Kita terpikir pasal org yang kita suka, kita utamakan nak pikat hati dia daripada nak cuba cari cinta Allah. Kita lalai.

Allah telah befirman dalam surah Al-Isra, ayat 32

"Dan janganlah kamu mendekati zina. Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat"

Some of us, mungkin kata:

1) Alaaa. Zina tu bila dah beromen ap semua, ingat awek, dating tu bukan zina pun.
2) Kalau camtu, bercinta je lah. masa couple , xyah dating and all that, berdakwah lah sama sama.
3) Chill lah. Nanti bila kau dah tua kang, aku taubat lah.


Ni lah dia kekhilafan yang kita selalu buat. Kita rasa, bila kita tua, baru kita nak mati.
Kita rasa, bila buat dosa dosa kecil banyak kali tidak mengapa.
Kita rasa, akhirat itu, masih lagi lama.

Apa yang kita buat ni? Betul ke salah?

Semua manusia buat kesilapan, sebab tu Allah itu maha pengampun. Selagi kita mencari Allah, Allah akan datang kepada kita. Tapi, semua tu mestilah ikhlas dlu.
:)

Lagipun, Allah selalu remind kita supaya kejar taubat Allah. Manusia tu pelupa kan. So, jom kita sama sama ingat kan diri kita.

"Katakanlah: 'Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa dosa semuanya, Sesungguhnya Dialah yang maha pengampun lagi maha menyayangi."
Az-Zumar ayat 53

Dah jelas dah untuk kita smeua, Allah memang nak kita cari rahmat Allah. Jadi, jom lah kejar ramai ramai.
Tinggalkan apa yang dilarang oleh Allah. Kejar apa yang di suruh oleh Allah.

Allah tu pencipta kita, banyak benda yang kita dapat daripada Allah. Apa yang kita nak bagi pada Allah sekarang? Ibadah lah.

"Tidak aku ciptakan jin dan manusia selain daripada untuk beribadah kepadaku"
Adz-Zariyat ayat 56

Berubah lah untuk kebaikan. Cinta tu tak salah, just, pastikan cinta kita tu HALAL. ;)

No comments:

Post a Comment